Rezeki

*Secebis tulisan diambil dari tulisan Pak Hamka buat renungan menjelang Ramadan, berkaitan REZEKI*

Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri.

Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.

Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.

Allah swt hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda

Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya!

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.

*Jadi ingat lah..ingat lah*……

“Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri.”

Kau hanya akan bahagia kalau kau terima.

Percaya dan terima lah …..Di samping kita berusaha ,bertawakal.redha lah apa yang ada..

Advertisements

Tips

*8⃣TIPS LAILATUL QADR*

*1⃣JANGAN TINGGAL* solat MAGHRIB berjamaah.
-Kerana permulaan MALAM itu sejak dari masuknya waktu Maghrib.

*2⃣JANGAN TINGGAL* solat ISYAK berjamaah
-Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

*3⃣JANGAN TINGGAL* solat Ba’diyah Isyak
-Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya

*4⃣SELESAIKAN* solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna.
-Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad,pahala qiyam Ramadan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

*5⃣JANGAN LUPA* bangun Sahur.
-Meskipun hanya untuk makan,ia juga bahagian dari ibadah Malam.

*6⃣JANGAN LUPA* istighfar ketika waktu Sahur
-Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur,seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

*7⃣SENTIASA* sediakan wang sadaqah pada setiap malam Ramadan.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi,bahawa sebaik-baik sadaqah adalah di DALAM RAMADAN.

*8⃣JANGAN TINGGAL* solat SUBUH berjamaah.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim,solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

_*Siapa yang amalkan kesemua lapan perkara ini,demi Allah tidak akan terlepas dari mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar,meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.*_

Wallahua’lam